Perbahasan Mengenai Anak Daripada Hasil Sumbang Mahram
Perbahasan Mengenai Anak Daripada Hasil Sumbang Mahram PENGENALAN Hubungan kekeluargaan amat penting dalam kehidupan seharian kita. Perkataan ‘ibu’ dan juga ‘ayah’ tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Sungguhpun begitu, masalah yang sering berlaku dalam negara kita kini amat menggerunkan bagi anak-anak kita. Permasalahan sumbang mahram kini telah berleluasa ke seluruh pelusuk dunia. Bukan sahaja di negara kita malah masalah ini juga berlaku di negara luar juga. Bagi pihak yang bertanggungjawab janganlah memandang enteng perkara ini. Justeru kita hendaklah menggembleng tenaga untuk membasmi gejala ini bersama untuk menjaga keturunan kita di masa akan datang. Mahram adalah sebuah istilah yang beerti wanita yang haram dikahwini. Mahram adalah perkataan yang berasal daripada makna haram, iaitu wanita yang haram dinikahi bagi seseorang lelaki. Seterusnya, hubungan mahram ini melahirkan beberapa kosenkuensi iaitu membolehkan seseorang lelaki itu berduaan dengan seseorang wanita (m...