Perbahasan Mengenai Anak Daripada Hasil Sumbang Mahram
Perbahasan Mengenai Anak Daripada Hasil Sumbang Mahram
PENGENALAN
Hubungan kekeluargaan amat penting dalam kehidupan seharian kita. Perkataan ‘ibu’ dan juga ‘ayah’ tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Sungguhpun begitu, masalah yang sering berlaku dalam negara kita kini amat menggerunkan bagi anak-anak kita. Permasalahan sumbang mahram kini telah berleluasa ke seluruh pelusuk dunia. Bukan sahaja di negara kita malah masalah ini juga berlaku di negara luar juga. Bagi pihak yang bertanggungjawab janganlah memandang enteng perkara ini. Justeru kita hendaklah menggembleng tenaga untuk membasmi gejala ini bersama untuk menjaga keturunan kita di masa akan datang. Mahram adalah sebuah istilah yang beerti wanita yang haram dikahwini. Mahram adalah perkataan yang berasal daripada makna haram, iaitu wanita yang haram dinikahi bagi seseorang lelaki. Seterusnya, hubungan mahram ini melahirkan beberapa kosenkuensi iaitu membolehkan seseorang lelaki itu berduaan dengan seseorang wanita (mahramnya). Selain daripada itu hubungan mahram membolehkan seseorang lelaki itu melihat sebahagian aurat wanita mahramnya seperti aurat kepala, rambut, tangan dan kaki. Salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya sumbang mahram adalah dengan tidak menjaga batas aurat antara ahli keluarganya.
PENGERTIAN
Inses atau lebih dikenali sebagai sumbang mahram adalah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah atau nasab iaini keturunan dengan mangsa. Sumbang mahram ini juga dapat didefinisikan sebagai hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam dan agama. Sebagai contoh hubungan jenis antara remaja dengan ibu bapa mereka, hubungan anak menantu dan mertua, hubungan pakcik dan anak saudara dan sebagainya. Dari pespektif agama islam golongan yang melakukan hubungan sumbang mahram akan dilaknat oleh allah dan tidak diberkati di dunia mahupun di akhirat. Oleh yang demikian, sumbang mahram ini adalah perbuatan yang keji di sisi masyarakat, negara dan agama. Sumbang mahram telah dikenal pasti sebagai sejenis penganiayaan seksual yang merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial. Hubungan ini juga telah dikaji oleh saintis bahawa, dengan melakukan sumbang mahram ianya berpotensi menghasilkan keturunan yang biologinya lemah baik fizikalnya mahupuu mentalnya (cacat) atau ianya boleh membawa maut antara ibu ataupun anak yang dikandung. Dari segi islam pula, ianya dilarang kerana perbuatan yang dilakukan itu sangat keji di sisi islam malah ia dapat disifatkan sebagai perbuatan haiwan. Jika seseorang itu melakukan perbuatan ini, ianya boleh dikategorikan sebagai perbuatan haiwan kerana sifat haiwan yang tidak berakal hanya mempunyai nafsu untuk bersetubuh dengan saudaranya sendiri. Perbuatan sumbang mahram ini sangat dilarang dan diharamkan dalam islam. Pengertian yang tepat tentang istilah ini amat berbeza kerana kebudayaan-kebudayaan yang berbeza,tanggapan-tanggapan yang berbeza dengan apa yang dimaksudkan dengan “kegiantan seks” serta “ahli keluarga yang rapat”. Sesetengah kebudayaan hanya mengambil kira mereka yang mempunyai hubungan melalui kelahiran, walhal hubungan perkahwinan dan penyususan juga termasuk dalam hubungan pertalian. Sumbang mahram antara saudara yang rapat merupakan satu jenayah dalam bidang kuasa wilayah.
DALIL
Dalam al-quran ada disebut tentang mahram iaini dalam surah An-nisa ayat 23. Allah juga menerangkan dalam kitabnya menegenai perempuan yang haram dinikahi oleh seorang lelaki. Dalam ayat alquran itu allah menerangkan mafhumnya :
حُرِمَتْ عَلَيْكُم أُمَّهَتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَتُكُمْ وَعَمَّتُكُمْ وَخَلَتُكُمْ وَبَنَاتُ الأَخِ وَبَنَاتُ الأُخْتِ وَأُمَّهَتُكُمْ الَّتِى أَرْضَعْنَكُمْ وَأخَوَتُكُمْ َ مِّن نِّسَائِكُمْ وَرَبَئِبُكُمُ الَّتِى فِى حُجُورِكُم مِّن نِّسَائِكُمْ الَّتِى دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُواْ دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَئِلُ أَبْنَائِكُمُ اْلَّذِينَ مِنْ أَصْلَبِكُمْ وَأَن تَجْمَعُواْ بَيْنَ الأُخْتَيْنِ إِلأَ مَاقَدْ سَلَفَ إِنَّ اْلله كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا (23)
Ertinya : diharamkan atas kamu ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan, saudara-saudara ibumu yang perempuan, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang menyusui kamu, saudara perempuan sepersusuan, ibu-ibu isterimu, anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmudari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu, maka tidak berdosa kamu megahwininya, isteri-isteri anak kandungmu, dan menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi di masa lampau, sesungguhnya allah maha pengampun lagi maha penyayang.
PEMBAHAGIAN WANITA YANG HARAM DIKAHWINI
Mengikut dalil yang disebut dalam alquran, allah berfirman bahawa ada golongan yang haram dinikahi. Ada juga pembahagian perempuan yang haram dinikahi bagi kaum lelaki. Perempuan yang haram dinikahi ada dua bahagian. Iaitu bahagian yang pertama adalah wanita yang haram dikahwini selama-lamanya dan bahagian yang kedua adalah wanita yang haram dikahwini sementara.
Wanita yang haram dikahwini selama-lamanya bermaksud seorang lelaki tidak boleh mengahwini seseorang wanita itu untuk selama-lamaya, walaupun dengan apa jua cara dan keadaan.
Pengertian bagi wanita yang haram dikahwini sementara waktu adalah perempuan yang haram untuknya sementara waktu sahaja atas halangan-halangan tertentu yang mengharamkan seseorang lelaki itu haram mengahwininya. Jika halangan itu hilang maka dibenarkan baginya untuk menikahi perempuan itu. Jika akad nikah berlaku ketika halangan itu belum hilang, maka akadnya tidak sah dan batal.
GOLONGAN WANITA YANG HARAM DIKAHWINI SELAMA-LAMANYA
Wanita yang haram dikahwini selama-lamanya mempunya tiga sebab. Antaranya adalah sebab keturunan(kerabat), penyusuan dan yang ketiga adalah sebab perkahwinan. Golongan wanita yang menjadi haram dinikahi kerana nasab(keturunan) adalah ibu, nenek, moyang dan seterusnya yang ke atas. Ini termasuk dalam golongan haram dikahwini selamanya atas sebab nasab. Golongan ini disebut dalam surah an-nisa ayat 23 yang beerti “diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu”. Selain daripada itu disebut juga dalam surah ini diharamkan bagi lelaki untuk bernikah dengan anak perempuan, cucu perempuan dan cicit perempuan dan seterusnya kebawah. Firman allah yang beerti “anak-anakmu yang perempuan”. Golongan yang ketiga pula adalah saudara perempuan iaitu saudara kandung atau saudara sebapa atau saudara seibu berdasarkan firman allah s.w.t yang beerti “saudara-saudaramu yang perempuan”. Golongan yang seterusnya iaitu golongan yang keempat adalah adik beradik bapa (saudara perempuan bapa) iaitu disebut dalam alquran yang bermaksud “saudara bapamu yang perempuan), golongan yang kelima adalah adik beradik ibu (saudara perempuan ibu) berdasarkan dalam surah an-nisa “saudara-saudara ibumu yang perempuan). Selain daripada itu, golongan yang haram dikahwini selama-lamanya kerana nasab adalah anak perempuan dari saudara lelaki (anak sedara dari saudara lelaki) dan cucu perempuan saudara lelaki. Golongan ini disebut dalam alquran yang beerti “anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang lelaki”. Golongan yang seterusnya adalah anak perempuan dari saudara perempuan (anak sedara perempuan). Surah an-nisa yang bermaksud anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan.
Sebab kedua yang diharamkan bagi lelaki untuk menikahi selama-lamanya seseorang perempuan itu adalah disebabkan penyusuan. Seorang bayi yang disusui oleh ibu susuan mempunyai ketetapan tersendiri yang perlu dipatuhi dalam syariat islam. Setelah diiktiraf sebagai bayi susuan , seluruh ahli keluarga ibu susuan akan menjadi ahli keluarga bayi tersebu tseolah-olah seperti keluarga kandungnya. Apa-apa sahaja hukum yang ditetapkan oleh syarak antara anak dengan keluarga kandung, itulah yang terdapat pada hukum bagi anak susuan dengan keluarga susuan. Golongan wanita yang haram dinikahi oleh sebab penyusuan yang terdapat dalam surah an-nisa ayat 23 adalah ibu susuan. Dalam surah an-nisa telah dijelaskan bahawa ibu susuan diharamkan oleh lelaki untuk dinikahi. Golongan yang kedua adalah anak perempuan susuan. Ini kerana anak perempuan susuan disama ertikan dengan anak kandung perempuan. Seterusnya golongan yang ketiga adalah golongan nenek dan moyang susuan. Adik beradik perempuan ibu susuan diharamkan keatas anak susuan kerana telah menjadi hubungan ibu saudara kepada anak susuan tersebut. Selain daripada itu, golongan yang seterusnya adalah anak-anak kepada anak susuan haram dinikahi oleh ibu susuan kerana anak-anak kepada anak susuan itu telah menjadi cucu kepadanya. Termasuk juga beberapa kerabat daripada suami ibu susuan. Atas sebab hubungan kelamin antara mereka terhasil susu badan si ibu. Kemudiannya, susu itu menjadi makanan kepada anak susuan tersebut sama seperti susu itu menjadi makanan kepada anak kandungnya. Hikmah pertama di sebalik pengharaman menikahi kerabat keluarga susuan ialah kerana memuliakan ibu susuan, sebagaimana penghormatan tinggi Baginda s.a.w yang dipersembahkan kepada ibu sususan Baginda s.a.w iaitu Halimah al-Saadiah. Jika anak susuan itu adalah anak perempuan, maka disenaraikan kerabat perempuan daripada suami ibu susuan. Anak perempuan susuan diharamkan bagi suami ibu susuan. Seterusnya datuk dan moyang lelaki juga diharamkan bagi anak susuan perempuan, adik beradik lelaki kepada suami ibu susuan (pakcik). Adik beradik perempuan suami ibu susuan menjadi ibu saudara kepadanya. Manakala anak-anak kepada ibu dan bapa saudara menjadi sepupu kepada anak susuan seperti yang diharuskan oleh nasab. Maka, sepupu tersebut halal untuk dinikahinya. Seterusnya wanita yang haram dinikahi selama-lamanya disebabkan oleh perkahwinan adalah mertua perempuan (ibu isteri). Jika seseorang lelaki itu bernikah dan isterinya itu mempunyai ibu maka diharamkan bagi si suami itu untuk menikahi ibu si isteri dengan haram selama-lamanya. Golongan yang kedua adalah anak tiri. Anak tiri bermaksud anak yang dibawa oleh isteri iaitu anak perempuan isteri dari hasil perkahwinan dengan suami yang pertama. Anak tiri ini haram selama-lamanya bagi si suami untuk menikahinya. Golongan yang ketiga adalah suami ibu atau isteri ayah. Ini beerti seorang lelaki itu diharamkan untuk bernikah dengan isteri ayah (ibu tiri). Walaupun apabila mereka bercerai tetap diharamkan baginya untuk mengahwini bekas isteri ayahnya (ibu tirinya).
GOLONGAN WANITA YANG HARAM DINIKAHI SEMENTARA WAKTU
Bahagian yang kedua adalah wanita yang haram dikahwini sementara waktu. Secara dasarnya, ada tujuh situasi yang menyebabkan seseorang lelaki diharamkan untuk menikahi dengan seseorang wanita buat sementara waktu. Antara golongan yang haram dinikahi buat sementara waktu adalah dua orang perempuan yang bersaudara, wanita kelima, isteri orang, bekas isteri yang diceraikan dengan talak tiga, wanita yang bukan beragama samawi, penzina wanita dan hamba perempuan.
Golongan yang pertama ialah dua orang perempuan yang bersaudara. Seorang lelaki tidak boleh berpoligami dengan mana-mana saudara isterinya dalam satu masa yang sama. Antara saudara isterinya yang tidak dibenarkan bernikah adalah adik beradik perempuan, ibu saudaranya dan anak saudaranya. Seseorang lelaki boleh bernikah dengan saudara bekas isterinya jika si isteri telah meninggal dunia atau diceraikan. Golongan yang kedua pula adalah wanita kelima. Yang dimaksudkan dengan wanita kelima adalah, lelaki itu memiliki empat orang isteri dan ingin bernikah untuk kali yang kelima. Hukum ini bagi seorang isteri memiliki empat orang isteri dalam satu masa. Jika ada kes seorang lelaki yang sudah beristeri empat menikahi wanita yang kelima, maka akad nikah itu tidak sah dan batal. Jika isteri sedia ada diceraikan dengan talak rajii, si lelaki masih lagi tidak boleh berkahwin dengan wanita kelima. Status talak rajii masih menghalalkan perkahwinan semula dengan bekas isteri yang diceraikan itu. Selagi tempoh iddah talak rajii belum habis, maka tidak sah pernikahan dengan wanita yang kelima. Walau bagaimanapun, ulama khilaf dalam kes lelaki yang menceraikan isterinya dengan talak ba’in. Sebahagian ulama menetapkan bahawa dia boleh terus berkahwin dengan wanita kelima tanpa menunggu tempoh iddah bekas isterinya habis. Sebahagian yang lain pula berpendapat bahawa hukumnya sama seperti kes cerai isteri dengan talak rajii. Jika isterinya meninggal dunia, maka si lelaki boleh berkahwin terus dengan wanita kelima. Selain daripada itu, golongan yang seterusnya adalah isteri orang. Seorang lelaki tetap tidak boleh berkahwin dengan bekas isteri orang selagi dia berada dalam tempoh iddahnya. Tempoh iddah wanita berbeza-beza mengikut kes, sama ada disebabkan kematian atau disebabkan penceraian. Jika iddah seseorang wanita itu sudah habis, maka dibenarkan oleh si lelaki lain untuk mengahwininya. Ini kerana halangan itu sudah tiada. Jika halangan itu sudah lenyap ataupun hilang maka dihalalkan oleh seseorang lelaki itu untuk mengahwininya. Bekas isteri yang diceraikan dengan talak tiga iaitu talak ba’in. Seseorang lelaki yang menceraikan isterinya dengan talak tiga, tidak lagi boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya sehinggalah isterinya itu bernikah dengan lelaki lain. Jumhur ulama menegaskan bahawa jika lelaki dah wanita yang bercerai dengan talak tiga ingin bersama semula, maka si isteri bukan sekadar wajib bernikah dengan lelaki lain dan diceraikan, malah mesti melakukan hubungan kelamin (persetubuhan). Antara hujahnya ialah sebuah hadis mengenai seorang lelaki yang menceraikan isterinya dengan tiga kali talak. Kemudian wanita itu berkahwin dan diceraikan oleh suami keduanya. Lalu ditanyakan kepada Rasulullah s.a.w: “Adakan bekas isterinya sudah halal kepada suami lamanya?”. Rasulullah menjawab: “Tidak, sehingga dia (suami kedua) merasai kemanisannya sebagaimana suami pertama merasainya!” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Seterusnya adalah golongan wanita yang bukan beragama islam (agama samawi). Allah telah menetapkan hukum ini mafhumnya: “Janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyriksebelum mereka beriman”. Ayat ini dijelaskan dalam alquran surah al-Baqarah ayat 211. Wanita yang beragama samawi juga merujuk kepada wanita ahli kitab. Firman allah dalam alquran yang bermaksud “Dan juga (boleh berkahwin dengan) perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya daripada kalangan orang yang diberikan kitab sebelum kamu, apabila kamu memberi mereka mas kahwin” surah al-Ma’idah ayat 5. Apabila wanita kafir itu memeluk islam, maka lelaki muslim dibenarkan untuk mengahwininya. Golongan yang keenam bagi wanita yang haram dikahwini sementara waktu adalah penzin wanita. Allah menegaskan, mafhumnya: “Penzina lelaki tidak berkahwin melainkan dengan penzina perempuan atau perempuan musyrik. Dan penzina perempuan itu pula tidak dikahwini melainkan oleh penzina lelaki atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang yang beriman”. Ayat ini dijelaskan dalam surah an-Nur ayat 3. Wanita yang berzina tetap boleh dikahwini. Syaratnya, si wanita benar-benar menghilangkan sifat zina dalam dirinya. Wanita itu insaf dari perbuantanya, taubat nasuha, menyesal atas dosa silamnya dan wanita itu berusaha menjadi muslimah sejati. Akhir sekali adalah golongan hamba perempuan. Hamba perempuan termasuk dalam golongan wanita yang haram dikahwini sementara waktu. Jika hamba perempuan itu bebas daripada menjadi seorang hamba, maka dihalalkan bagi lelaki untuk mengahwini hamba perempuan tersebut kerana halangannya sudah habis atau hilang.
UNDANG-UNDANG TERKINI BERKAITAN SUMBANG MAHRAM
Sumbang mahram termasuk dalam kanun keseksaan (pindan) 2001 yang menyebut bahawa sumbang mahram dianggap satu kesalahan memandangkan kes ini sudah berleluasa di Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Rais Yatim berkata sumbang mahram perlu dimasukkan ke dalam kanun keseksaan sebagai satu kesalahan berasingan seperti kesalahan-kesalahan lain seperti rogol dan kesalahan luar tab’i. Beliau menyebut Fasal 6 bertujuan memasukkan seksyen baru 376A dan 376B ke dalam kanun keseksaan. Seksyen baru 376A mentakrifkan kesalahan sumbang mahram manakala 376B(1) pula memperuntukkan hukuman bagi kesalahan ini iaitu penjara tidak kurang enam tahun dan tidak melebihi 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.
Bagaimanapun, peruntukan seksyen 376B (2) mencadangkan kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 13 tahun atau kanak-kanak perempuan bawah daripada umur 16 tahun akan mendapat pembelaan khusus. Dibawah seksyen itu, hubungan seseorang dengan wanita bawah umur 16 tahun akan digolongkan wanita itu kepada kes jenayah rogol walaupun wanita itu telah memberi keizinan. Seksyen 113 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan anggapan tidak boleh dipatahkan bahawa kanak-kanak lelaki bawah umur 13 tahun dianggap tidak berupaya melakukan rogol.
Seseorang itu dikatakan melakukan sumbang mahram jika seseorang lelaki atau seseorang perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain di mana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak dibenarkan. Hukuman seseorang itu melakukan kesalahan sumbang mahram adalah tertakluk pada enekmen yang dikeluarkan oleh mahkamah. Jika seseorang itu melakukan perbuatan ini maka ia diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari dua puluh tahun dan hendaklah dikenakan sebatan.
PROSUDER MENGAHWINI ANAK HASIL SUMBANG MAHRAM
Seperti orang lain anak yang terlahir daripada sumbang mahram ini juga berhak untuk menjalani kehidupan yang sempurna. Dengan cara mereka berkahwin dan bahagia. Perkahwinan dengan anak hasil dari sumbang mahram ini mempunyai prosudernya yang tersendiri. Seperti anak yang tidak sah taraf, sama juga seperti anak dari hasil sumbang mahram. Dalam soal perkahwinan, islam telah menetapkan peraturan yang cukup sempurna untuk anak seperti ini melalui proses kehidupan yang biasa sebagaimana kehidupan orang lain. Di mana bagi mereka yang tidak mempunyai wali (nasab) maka pemerintahan sulatan menjadi wali mereka. seperti yang kita tahu anak diluar nikah atau anak yang tidak sah taraf dibolehkan untuk berkahwin dengan ayah kandungnya sendiri. Oleh yang demikian anak yang dari hasil sumbang mahram ini dibolehkan untuk berkahwin dengan ayah kandungnya walaupun dalam istilah lainnya ia telah menjadi datuknya. Oleh sebab itu, jika mereka ingin mendirikan rumah tangga maka wali (sultan) yang akan mewalikan untuknya. Dalam system pentadbiran agama di negara kita ini semua urusan perkahwinan umat islam diuruskan oleh pejabat agama termasuklah mengakadnikahkan mereka yang tidak mempunyai nasab iaitu keturunan. Sultan telah memberikan kuasa kepda imam dan jurunikah (kadi) pejabat agama untuk bertindak bagi pihaknya dalam menjalankan urusan tersebut. Namun begitu sebelum mereka dinikahkan, mereka dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran hakim Mahkamah Syariah di tempat mereka bermastautin (menetap).
Bagi anak yang tidak sah taraf ini mereka perlu mendatangkan saksi-saksi yang meyatakan bahawa mereka dari golongan yang tidak mempunyai nasab (wali). Setelah mahkamah beepuas hati dengan keterangan yang dikemukakan, maka mahkamah akan mengeluarkan surat kebenaran nikah secara wali hakim dan hendaklah membawa surat itu sebagai rujukan di pejabat agama. Dengan cara ini mereka yang berkedudukan anak yang tidak sah taraf boleh bernikah dengan mengikuti prosuder yang telah ditetapan atau dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Wali adalah salah satu rukun islam. Tetapi dalam kes anak tidak sah taraf ini wali mereka (bapa kandungnya) adalah bukan mahram baginya. Ini bermakna jika anak tersebut ingin berkahwin, maka perlu menggunakan wali hakim .
NAFKAH ANAK SUMBANG MAHRAM
Nafkah adalah salah satu tanggungjawab seseorang yang mempunyai tanggungan. Nafkah perlu diberikan kepada tanggungan yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Bukan sahaja anak angkat malah anak daripada hasil sumbang mahram juga berhak untuk mendapatkan nafkah. Ada dua pandangan dari aspek yang berbeza iaitu pandangan undang-undang Syariah dan pandangan dari undang-undang Sivil. Jika anak dari hasil persetubuhan mahram dan terlahir anak itu maka ia distatuskan sebagai anak yang tidak sah taraf. Seksyen 2 (1) Enekmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) yang memberikan definisi bahawa anak itu dinamakan sebagai anak yang tidak sah taraf.
Bagaimanapun jika anak itu lahir, wanita kepada ibu anak tersebut boleh menuntuk hak nafkah anak bagi anak itu. Ini telah diperuntukkan oleh seksyen 80 (2) Enekmen Undang-Undang Keluarga Islam yang menyatakan bahawa jika tuntutan dibuat terhadap bapa kandungnya, tuntutan itu hendaklah dibawa ke Mahkamah Majistret yang boleh memerintahkan bapa itu memberikan apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh mahkamah. Tuntutan ke atas bapa kandung kepada anak itu adalah tuntutan sivil dan bukan melalui mahkamah Syariah. Pihak yang menuntut hendaklah membuktikan dengan sewajarnya kes tersebut. Jika hendak membuat tuntutan di mahkamah, hendaklah dinyatakan bukti seperti ujian DNA atau bukti-bukti lain. Jika bukti ini disertakan ianya tidak dapat diragui dalam menentukan bahawa bapa kandung anak tersebut adalah ayah kandungnya.
Dimaklumkan disini bahawa terdapat perbezaan peruntukkan akta di antara negeri. Di Selangor, menurut Enekmen Undang-Undang Negara (2) menyatakan bahawa sekiranya ibu anak tersebut adalah tidak mampu untuk menyara anaknya, tanggungjawab menyara anak tersebut adalah di atas Baitul Mal. Peruntukan yang sama telah dimansuhkan di Wilayah Persekutuan. Perlu dinyatakan di sini bahawa tindakan jenayah ke atas bapa anak itu boleh diambil oleh pendakwa raya sekiranya magsa mahramya adalah di bawah umjur 16 tahun ke bawah. Selain itu, bapa dari anak seharusnya bertanggungjawab setelah diperintahkan oleh Mahkamah Sivil. Sekiranya dia engkar maka mahkamah boleh mengenakan tindakan ke atas dirinya. Dia boleh bersetuju untuk menyara anak tersebut dan terpulang kepada mahkamah atau pihak-pihak yang terbabit untuk menetapkan bayaranya.
Sesungguhnya anak yang lahir dari hasil zina atau sumbang mahram ini adalah tidak berdosa dan ianya suci bersih . anak yang terlahir dari perbuatan terkutuk ini juga berhak mendapat hak-hak yang sepatutnya seperti anak yang sah tarafnya. Anak yang terlahir itu adalah tidak sepatutya dihukumdengan tidak memberi nafkah kepadanya. Seterusnya, jika bapa yang dituduh itu tidak mengaku bahawa anak yang terlahir itu adalah anaknya atau daripada hasil perbuatannya maka, hak nafkah yang perlu diberikan kepada anak tersebut adalahdaripada nafkah ibunya. Disini kerana anak yang tidak sah taraf ini perlu diberikan nafkah oleh ibunya kerana anak tersebut telah dinasabkan iaini dibinkan kepada ibukandungnya bukan anak tersebut dinasabkan kepada bapa kandungnya. Oleh kerana itulah, nafkah yang harus diberikan kepada anak tersebut ialah melalui ibu kandungnya kerana ibu kandungnya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas diri anak itu.
Mengenai mewarisi harta pusaka pula, anak yangbtidak sah taraf ini boleh mewarisi harta ibu kandungnya. Ini kerana anak seperti ini tidak terputus hubungan dengan ibunya sendiri. Maka kedua-duanya boleh mewarisi harta antara satu sama lain. Sekiranya ibu kandungnya itu meninggal dunia, maka anak ini boleh mewarisi harta yang ditinggalkan oleh ibunya. Seperti ahli waris yang lain harta yang ditinggalkan oleh ibu kandungnya boleh diwarisi oleh anak yang tidak sah taraf ini. Begitu jug ajika anak ini meninggal telebih dahulu, maka harta yang diwarisi olehnya boleh diwarisi oleh ibu kandungnya. Seseorang anak yang tidak sah taraf tidak dibolehkan untuk mewarisi harta pusaka yang menyebabkan kelahirannya iaitu bapa kandungnya. Ini kerana bapa kandungnya bukanlah nasabnya dan begitu juga bapa kandungnya.
NASAB KETURUNAN DAN PENAMAAN BAGI ANAK HASIL DARIPADA SUMBANG MAHRAM
Anak yang tidak sah taraf ini jika diberikan nama kepadanya tidak dibolehkan untuk dibinkan atau dibintikan kepada lelaki yang bersetubuh denga ibunya. Dia juga tidak boleh dibinkan atau dibintikan kepada ibu kandungnya. Ini kerana boleh menimbulkan masalah sosial dan kesan psikologi kepada anak tersebut. Anak yang tidak sah taraf ini perlulah dibinkan atau dibintikan kepada salah satu nama Asma’ al-Husna atau sifat-sifat allah yang berpangkalkan Abdul. Hal ini telah dirakamkan dalam alquran yang membawa maksud “Panggilah anak –anak angkat itu dengan berbinkan kepada bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil disisi allah”. Muzakarrah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali pertama pada 28-29 Januari 1981 telah memutuskan bahawa anak zina atau anak yang tidak sah tarafnya ini hendaklah dibinkan atau dibintikan kepada Abdullah.
Enekmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan garis panduan mengenai anak yang tidak sah taraf menurut hukum syarak ialah anak yang dilahirkan tanpa nikah samaada hasil daripada zina , rogol , sumbang mahram atau melalui cara saintifik yang bertentangan dengan hukum syarak. Anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan dua lahzah qamariah dari waktu “Imkan ad Dukhul” dan bukan daripada persetubuhan syubhat. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah qamariah dari waktu “Imkan ad Dukhul” selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut adalah anak tanpa nikah melalui pengakuan mereka yang berkenaan atau empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.
FAKTOR-FAKTOR SUMBANG MAHRAM
Gejala yang berlaku di Malaysia pada hari ini sangat meruntuhkan moral seseorang individu. Dengan adanya gejala sumbang mahram ini menyebabkan runtuhnya moral seseorang itu dengan melakukan perbuatan yang terkutuk ini. Dengan wujudnya gejala yang tidak menyenangkan ini di negara kita banyak mata-mata luar yang mencemuh perbuatan keji ini. Banyak faktor yang menyebabkan gejala ini menular dalam masyarakat kita pada masa kini.
Antara faktor yang mendorong masalah ini berlaku adalah dari segi remaja kita pada masa kini kurang didikan ilmu agama. Kefahaman dan ilmu agama di kalangan umat islam yang semakin berkurang khususnya yang melibatkan golongan remaja. Dengan kurangnya didikan kepada remaja masa kini aktiviti sumbang mahram sudah menjadi lazim di kalangan masyarakat kita. Bukan sahaja menunding jari kepada remaja tetapi ibu bapa juga perlu mengambil tanggungjawan untuk mengelakkan gejala ini berlaku dalam sesebuah keluarga. Ibu bapa perlu perhalusi kebebasan anak-anak dan aktiviti mereka di rumah mahupun di luar kawasan rumah. Tanggungjawab ibu bapa dalam memberi pendidikan agama yang jitu kepada anak-anak juga perlu diperluaskan. Dengan tiadanya ilmu agama dalam diri remaja kita, tidak mustahil gejala yang tidak sihat akan berlaku.
Selain daripada itu, faktor lain yang menyebabkan sumbang mahram ini terjadi adalah isteri gagal memuaskan nafsu suami. Kegagalan isteri memuaskan nafsu suami ini menyebabkan anak yang menjadi mangsa buas suami. Dengan kegagalan isteri tidak memberi layanan yang cukup kepada suami, maka ini mendorong suami menggunakan anak untuk melakukan hal yang terkutuk itu. Ada juga sesetengan isteri memberikan suami keizinan untuk melepaskan nafsunya itu kepada anak kerana dikhuatiri suaminya melakukan persetubuhan denga wanita lain tanpa pegetahuan isteri. Perlakuan yang tidak bertanggungjawab ini menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan dalam sesebuah keluarga.
Seterusnya bukan sahaja kegagalan isteri melayan kehendak suami, tetapi faktor lain adalah pergaulan bebas antara anak dan juga ibu bapa. Dengan tidak membendung batas pergaulan sesama anak dalam sesebuah keluarga, maka wujudlah gejala sumbang mahram ini. Batas aurat yang digaris pandukan dalam islam juga tidak dipatuhi dengan tepat juga menyumbang kepada gejala ini. Dengan adanya telefon pintar yang diperolehi oleh anak-anak juga sangat membantu wujudnya gejala sumbang mahram.
Selain daripada itu, faktor lain yang menyumbang kepada gejala ini adalah dengan adanya bahan lucah daripada internet dan bahan bacaan. Oleh itu pihak yang bertannggungjawab seharusnya menyekat bahan lucah ini. Dengan adanya bahan lucah anak-anak mahupun yang berkaitan amat mudah untuk mengetahui segala cara untuk melakukan hubungan terkutuk itu. Oleh itu wajarlah untuk kita mengambil inisiatif dalam membasmi perbuatan ini daripada menular dalam masyarakat kita. Untuk mengelakkan keruntuhan moral seseorang hendaklah semua pihak mengambil tanggungjawab yang sepenuhnya agar gejala ini tidak semakin merebak ke seluruh negara.
KESAN-KESAN SUMBANG MAHRAM
Jika berlakunya sumbang mahram dalam institusi kekeluargaan maka ianya dapat memberi kesan yang sangat negetif pada seseorang. Antara kesan yang akan terjadi adalah pada mangsa sumbang mahram itu sendiri. Anak yang menjadi magsa sumbang mahram itu akan mengalami gangguan mental dan akan mengalami kesan psikologi yang tinggi. Perasaan bencinya akan membuatkan ia mengalami gangguan mental dan berkemungkinan risiko menjadi gila itu tinggi. Bukan sahaja perasaan benci terhadap orang yang melakukannya malah ia akan hilang hormat terhadap ahli kerabat yang terlibat. Selain daripada itu bukan sahaja mengalami gangguan mental malah kepercayaan terhadap ahli keluarganya yang lain juga musnah kerana anak yang terlibat ini akan menggangap ahli keluarganya sebagai musuh utama mereka. Bukan sahaja memberi kesan buruk terhadap keluarga, malah dia akan merasa dirinya tiada maruah dan akan merasa rendah diri di sisi masyarakat. Misalnya jika seseorang anak yang menjadi mangsa sumbang mahram ini dalam umjrnya masih belasan tahun, jika mereka sudah meningkat dewasa mereka akan mudah terjerumus dalam gejala yang tidak sihat kerana mereka beranggapan dirinya tiada lagi maruah dan merasa dirinya rendah disisi masyarakat. Dan akhirnya mereka akan meencilkan diri mereka untuk tidak bergaul dengan masyarakat luar dan akan mengalami rasa tidak yakin terhadap dirinya.
Selain daripada kesan terhadap mangsa, sumbang mahram ini juga memberi kesan kepada keluarga. Jika berlakunya gejala sumbang mahram ini, maka hubungan antara keluarga akan retak dan akan menimbulkan kepincangan dalam rumahtangga. Bila sesebuah keluarga itu mempunyai masalah hubungan dengan keluarga, maka untuk menjadikan sesebuah hubungan kekeluargaan itu erat seperti sediakala amat payah. Jika berlakunya aktiviti ini dalam keluarga, maka akan berlakunya adegen anak buangan dan menghalau mangsa daripada duduk serumah dengannya. Jika hubungan kekeluargaan ini tidak erat maka masyarakat sekeliling akan merasa ketidakselesaan dalam berhubung dengan ahli keluarga tersebut. Lebih-lebih lagi anak yang menjadi magsa sumbang mahram ini akan menyimpan dendam terhadap perbuatan yang dilakukan oleh orang yang melakukannya. Mereka akan susah untuk mendidik dan diberi teguran malah jika perkara ini berlaku anak yang menjadi mangsa sudah tiada tempat bergantung harap dan perasaan sayang terhadap keluarganya akan hilang. Anak-anak sewajarnya diberi kasih sayang dan bimbingan moral yang baik. Dengan wujudnya ibu bapa dalam institusi dalam keluarga, hendaklah ibu bapa itu memberikan kasih sayang yang sepenuhnya. Anak-anak sepatutnya mendapatkan pembelaan daripada ahli keluarganya yang terdekat seperti ayah kandungnya, ayah tirinya, bapa saudaranya, ibu kandungnya ataupun ibu saudaranya. Dalam kes ini boleh diumpamakan “haruan makan anak” atau boleh dikaitkan dengan peribahasa “harapkan pagar, pagar makan padi” kerana tempat brgantung harapan untuk mereka pula yang menganiyanya. .
Selain daripada itu kesan yang seterusnya adalah kesan pada negara. Jika berlakunya gejala ini, sudah tentu akan memusnahkan nama baik negara kita. Oleh sebab gejala sumbang mahram ini sudah menular dalam negara kita, banyak masalah yang harus didepani oleh negara untuk mengelakkan daripada berlakunya kes sumbang mahram ini. Jika nama negara terxemar dengan perbuatan terkutuk ini, maka dengan itu sudah tentu negara luar akan memadang rendah terhadap negara kita dan tidak mustahil mereka tidak mahu untuk berurusan dengan negara kita. Disebabkan gejala ini meningkat, kesannya teruk terhadap negara kita. Walaubagaimanapun, kesan lain adalah kesan terhadap agama. Dengan berlakunya gejala sumbang mahram ini, akan merosakan nama sesebuah agama itu sendiri.
CARA MENANGANI GEJALA SUMBANG MAHRAM
Sungguhpun gejala ini berleluasa di kalangan masyarakat kita kini, banyak cara atau inisiatif yang boleh diambil untuk mengelakkan gejala jijik ini berlaku dalam masyarakat dan ahli keluarga kita sendiri. Antara cara yang boleh digunakan dalam menangani gejala ini adalah mendirikan keluarga yang bahagia dalam sesebuah insitusi kekeluargaan. Peranan yang paling utama yang harus dipikul adalah peranan suami dalam membentuk keluarga bahagia. Islam menggalakkan umatnya supaya memelihara hubungan kekeluargaan dan bantu-membantu antara satu sama lain sebagai ahli keluarga sendiri. Ini merupakan konsep kehidupan yang perlu dilaksanakan oleh seluruh masyarakat Islam. Rasulullah SAW memperingati umat Islam dengan sabdanya yang bermaksud; “Aku berpesan kepada umatku baik yang hadir mahupun yang tidak hadir, mahupun yang kini mereka masih berada dalam tulang sulbi ayah atau rahim ibu mereka hingga hari kiamat, hendaklah mereka menjalin silaturahim dengan sanak-saudara dan kerabat mereka, kerana silaturahim merupakan sebahagian dari agama.” Peranan untuk membentuk peribadi isteri dan anak-anak, semuanya tanggungjawab suami. Untuk itu, ilmu di dada mestilah penuh, daya tahan iman yang utuh, dan stamina amal yang teguh selain menuntut kemahiran dan kesabaran dalam mendidik. Jika suami runtuh keimanan didada sudah tentu hancur sesebuah keluarga. Suami adalah ketua keluarga yang mana seharusnya seorang suami itu memberi sepenuhnya tanggungjawah yang jitu terhadap keluarga yang diberikan oleh allah. Jika suami yang melakukan perbuatan terkutuk ini, sudah tentu tempat pergantungan anak-anak kepadanya musnah. keluarga. Menginginkan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni adalah impian semua manusia. Pertama, adalah dengan memberikan pendidikan dan tarbiah Islam kepada anggota keluarga. Sesebuah keluarga tidak mungkin bahagia jika dibina tanpa asas aqidah Islam. Suami seperti imam bertanggungjawab untuk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala). (Surah at -Tahrim, ayat 6) .Sebagai seorang ketua keluarga mereka perlulah mempamerkan contoh atau teladan yang baik dalam keluarga untuk didikuti dan dicontohi oleh anak-anak dan isteri serta menjiwai dan mengamalkan sifat-sifat mahmudah. Namun, pada hari ini, kita sering melihat gejala sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan anak-anak kian meruncing akibat daripada masyarakat yang kurang menjiwai dan menjaga akhlak sepertimana yang dianjurkan oleh junjungan Baginda SAW. Oleh itu, dalam mendepani situasi sedemikian tanggungjawab ketua keluarga tidak boleh dipandang enteng dan sangat besar dalam menjadi Qudwah Hasanah atau contoh yang baik bagi menjamin kebahagiaan dalam institusi keluarga. Anak-anak diibaratkan seperti kain putih, terpulang kepada ibu bapa untuk mencorakkan anak-anak mereka. Ini bermakna ibu bapa harus bertindak sebagai teraju utama dalam membentuk sahsiah anak-anak yang merupakan asas dalam pembinaan masyarakat penyayang. Ketua keluarga juga harus memperuntukkan masa untuk bersama ahli keluarga kerana ia adalah amat penting dalam institusi rumah tangga. Masa dianggap sebagai penting untuk kita mengambil berat tentang anak-anak agar mereka tidak merasa kesunyian ketika mereka mengahadapi masalah dalam perlajaran, persekitaran dan sebagainya. Suami juga mesti meluangkan masa yang sebaiknya untuk isteri dengan berbincang masalah yang timbul dalam rumahtangga agar masalah berkenaan mampu diselesaikan dengan baik. Oleh itu dengn meujudkan keluarga yang bahagia, ianya akan mengelakkan daripada sesebuah keluarga itu mengalami masalah sumbang mahram.
Seterusnya cara yang lain pula adalah pemerintah negara harus mengawal bahan lucah yang ada dari sudut bacaan mahupun tayangan. Pihak yang bertanggungjawab haruslah mengawal bahan bacaaan yang tidak sepatutnya dibaca dalam kalangan remaja. Selain bahan lucah, penggunaan telefon bimbit juga haruslah dikawal sepenuhnya oleh ibu bapa agar anak-anak tidak dipengaruhi oleh perkara yang tidak berfaedah. Peranan ibu bapa dalam mengawasi anak-anak seharusnya dipertingkatkan dan diperketatkan lagi. Zaman teknologi kini, sangat memudahkan anak-anak kita untuk menontot filem-filem yang tidak sepatutnya. Oleh itu, ibu bapa hendaklah sentiasa pantau pergerakkan anak-anak. Tidak kira didalam rumah mahupun diluar rumah.
KESIMPULAN
Peningkatan kes sumbang mahram merupakan satu jenayah yang serius yang perlu ditangani dengan segera. Hamper semua budaya tidak bertoleransi dengan jenayah seksual sumbang mahram ini, kecuali beberapa budaya lama yang mengecualikannya untuk kepentingan-kepentingan tertentu, seperti politik dan kemurnian kaum. Bukan sahaja agama islam yang melarang perbuatan jijik ini malah semua agama besar dunia juga melarang hubungan sumbang mahram ini. Dalam agama islam ada merungkaikan tentang feqh yang terdapat konsep muhrimyang mengatur hubungan sosial antara individu dengan ahli keluarganya. Seseorang itu tidak seharusnya menjalinkan hubungan percintaan antara ibu bapa, datu atau nenek, adik beradik dan seumpanya. Jika terlahir akannya anak yang daripada hasil sumbang mahram, ini akan menurukan maruah anak yang terlahir itu. Hasil hubungan yang sedemikian amat dibenci oleh masyarakat, agama dan negara. Bukan sahaja dipandang rendah oleh masyarakat malah seseorang yang melakukan hubungan sumbang mahram ini juga akan dipandang keji oleh allah s.w.t. Bagi menjamin komuniti dalam sesebuah negara dan keluarga, tindakan-tindakan yang sewajarnya harus dibuat secara berterusan agar dapat melahirkan masyarakat yang berilmu, bertatasusilah dan bertamadun.
RUJUKAN
1. ALQURAN
2. SOLUSI ISU 54
3. SOLUSI ISU 53
4.WWW.JAIS.GOV.COM
5.WWW.UTUSAN.COM.MY
6.WWW.JAKIM.GOV.COM
7.WWW.UUM.EDU.COM
8.WWW.e.FATWA.GOV.COM
9.WWW.SINARHARIAN.COM.MY
10.WWW.BERITAHARIAN.COM
Comments
Post a Comment